Friday, October 12, 2012

HAYAT ACAI BERRY DAN KHASIATNYA



Faedah & Kelebihan HAYAT ACAI BERRY Secara Umum:

* Menurunkan Kolesterol
* Membaiki Pembuluh darah
* Menurunkan Stress fizikal & mental
* Mencegah kesan Cortisol
* Meningkatkan Keseimbangan seluruh hormon
* Membaiki fungsi hati
* Meningkatkan tenaga sepanjang hari (menaikkan stamina)
* Pembakaran lemak (mengatasi kegemukan)
* Pembentukan otot
* Membaiki kulit & rambut
* Membaiki tulang & gigi
* Meningkatkan kekebalan tubuh
* Membaiki pola tidur
* Membaiki mental ( daya tumpuan, ingatan & rasa selesa)
* Menurunkan Cortisol & kesan sampingannya


HAYAT ACAI BERRY untuk Lelaki:
* Viagra Semulajadi.
* Meningkatkan tenaga batin.
* Meningkatkan stamina.
* Menyembuhkan mati pucuk.
* Meningkatkan kesuburan.
* Menstabilkan hormon.
* Meningkatkan paras testosteron (hormon lelaki).

HAYAT ACAI BERRY untuk Wanita:
* Mengurangkan simptom menopause.
* Meningkatkan kesuburan dan rangsangan.
* Menstabilkan hormon.
* Melegakan simptom perimenopause.
* Mengurangkan kelesuan.
* Meningkatkan stamina


Pemakanannya secara berterusan dapat membantu dalam:
  1. Mengurangkan berat badan.
  2. Membantu dengan disfungsi seksual.
  3. Merawat insomnia.
  4. Membantu dalam melawan sel-sel yang menyebabkan penyakit kronik.
  5. Membantu mengurangkan komplikasi Diabetes.


CARA PENGGUNAAN:
Minum 2 botol setiap hari pada awal pagi dan lewat petang.
1 botol sekali minum.
Untuk kesan lebih baik minum sebelum sarapan pagi dan makan malam.

1. 1 botol untuk kanak-kanak bawah 12 tahu.
2. 2 botol untuk orang dewasa

Sebelum minum disarankan untuk membaca 'Bismillahirrahmanirrahim' berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan berdoa agar segala kebaikan buah acai berry ini dapat memberi manfaat kepada tubuh badan kita.Insyallah dengan izin NYA.

Hayat Acai Berry The Super Antioxidant Fruit
HALAL!!
100% BUATAN ANAK MELAYU!!
RM39.00 sekotak (10 botol)
Hanya RM3.90!! sehari untuk kekal sihat dan cantik.
INFO/ORDER:
CALL/SMS : 0133810160

SHAKLEE Vitamin C



SHAKLEE VITA-C PLUS
SUSTAINED RELEASE

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Vit-C Antioksida Terbaik
  • Membantu meningkatkan sistem keimunan badan
  • Membina kolagen untuk kulit yang sihat dan berseri
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan struktur am badan yang lain
  • Menbantu dalam proses penyembuhan luka dan juga kudis
  • Antioksida yang bertindak melindungi sel dari serangan radikal-radikal bebas yang lain
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

New upgraded SHAKLEE VitaminC(922.00 mg)
Vitamin C & Citrus
BIOFLAVONOIDS

30 Biji = RM 30.00
60 Biji = RM 50.00

Lagi banyak lagi murah...
(harga termasuk postage)

ORDER/INFO:
by sms/call : 0133810160

MuraHkaN SenYumaN (^_^)

Senyuman itu bahasa kejayaan. Orang yang tersenyum itu hatinya bersih, akalnya cerdas, jiwanya tenang, dan jalan-jalan kejayaan baginya terasa mudah. Dia mampu menelusuri kegagalan dengan gagah dan tabah, dia bangkit dari kekalahan dan kegagalan itu, walaupun sudah tersungkur seratus kali. Jika ada yang berkata kepadanya, "Anda sudah kalah dan gagal seratus kali," Dengan pantas dia akan menjawab, "Tidak, aku bukan gagal atau kalah, tetapi aku telah menjumpai jalan bagaimana gagal atau kalah seratus kali, dan bagaimana bangkit dari kegagalan-kekalahan itu."

Ya, lakarlah kejayaan dengan senyuman, melalui murahnya senyummu. Senyum itu melambangkan perasaan, rasa dihargai dan menghargai seseorang. Bahkan senyuman itu suatu sedekah, dan ada pahala pada setiap senyuman yang diluhurkan dengan ikhlas dan berniatkan ukhuwwah atau kesatuan. Sesungguhnya sebuah senyuman yang berkualiti dan berharga itu mampu menghilangkan tekanan yang dilalui setiap hari.

SayAnGi Ibu DaN BapA.....(Nabi Sulaiman dan Pemuda yang Berbakti kepada Ibu Bapanya)

Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal. Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”. Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian. Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni oraang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”. Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman. Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.

Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah. Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.

Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?” Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.

Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”. Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya. Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.

Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu susana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang. Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”. Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.

Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya. Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.